Blogger Backgrounds
zikrullah n doa

Sunday, 2 December 2012

madah pujangga tajam menikam


I love to read, then collect the books. I also got a few book shelves khusus for my books. Any kind of genres, semua boleh. Tapi, bahan bacaan seperti ini yang menjadi pilihan :-
  • Muslim Teens
  • Gen-Q
  • Kembara Ustaz
  • Asuh 
  • ماهر
Hmm, cukuplah tu. Jenuh nak menaip semua. Itu sebahagiannya. (Ops, keluaran bulan lepas tak beli lagi.)
Actually bukan itu agenda utama. Sekadar muqaddimah. Title di atas ada sangkut-paut dengan content yang terkandung in this book,
(sebenarnya Komik Islamik.. my favourite ni. pun bolehhh). Check it out !


5  PERKARA YANG DIBANGGAKAN TETAPI...
ADUHAI LUCUNYA MANUSIA...

Cerita 1 :-

Si Ibu : Masya-Allah! Kak Long! Pergi ofis pun nak pakai solek tebal-tebal. Kau nak tayang kat siapa ni?

Si Anak : Maafkan saya mak. Saya nak bersihkanlah ni.

moral ---> Berbangga dengan solekan yang tebal berinci-inci sepanjang hari- lalu wudhuknya bagaimana??


Cerita 2 :- Dihadapan rumah

Teman lelaki : Sayang... Bulan depan kita kahwin ye...

Teman wanita : Berapa banyak bulan depan daa...

Ibu : Wah ! Usung anak aku ke sana ke mari, macam takde mak bapak je. Perangai cam tuttt !
(maaf, terlalu sensitif untuk ditaip, faham-faham sajalah macam apa)

moral ---> Berbangga dengan kekasih yang diusung ke sana ke mari- lalu bila nak nikahnya?


Cerita 3 :-

Lelaki 1 : Kau tau tak, Halim. Semenjak aku beli kereta 'SPORT' ni, aku dah bawa satu Malaysia tau!

Lelaki 2 :- Kau dah bawa ke masjid ke?

moral ---> Berbangga dengan kereta mewah yang mahal- lalu bila nak dibawa ke masjid?


Cerita 4 :- Si isteri memakai skirt pendek dan berbaju sendat.

Lelaki A : Kau tengok bini aku tu, seksi kan? Anak dah tiga orang masih 'bergetah' lagi kan? Kalau masuk MISS UNIVERSE, boleh menang ni.

Lelaki B : Memang seksi, tapi kalau tak tutup aurat buat apa!

moral---> Berbangga dengan isteri yang cantik lagi seksi- lalu bila mahu menutup auratnya?


Cerita 5 :- 

Si Suami : Sayang, ni lah hasil jualan barang kat kedai kita. Esok abang masukkan dalam bank dua ribu. Lebihnya untuk sayang seribu. Sewa rumah, bil letrik, air... mm.. apa lagi ye?

Si Isteri : Err.. untuk anak-anak yatim takde ke bang??

moral ---> Berbangga dengan simpanan menimbun di pelbagai bank- lalu mana infaq dan sedekahnya?


Haa.. persoalannya di sini, pernah tak kita berdepan dengan sketsa macam ni? 
Yeah.. probably.
Faham tak apa yang cuba disampaikan? If tak faham, bacalah 2-3 kali. InsyaAllah diberi kefahaman yang baik. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun kena ulang sampai 3 kali wahyu pertama dalam surah al-alaq tu baru dapat ingat, takkan kita tak boleh? Come on.
Minta maaf kalau ada yang terasa. Ini hanya perkongsian. Sama-sama kita buat reflection ke atas diri sendiri.
Untuk lebih detail, belilah komik tu. 5 ringgit je. Tak rugi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Dapatkan poster di bawah for free.
(amboi, promote ke ape ni?)







0 comments:

Post a Comment

>b:include data='post' name='comment-form'/>