Testing, testing..
Flashback memory ke standard 6 (2008).
Senior tuuuu....
Err, senior sekolah rendah je kot. tapi eksyennya bukan main. (kita cool)
(kalau dekat smka pedas, orang panggil 'naik sheikh')
Starting to break the school rules.
Faham-faham jela macam mana.
(okay, tu bukan main point)
Nak mention lah nama sekolah rendah yang banyak menyimpan khazanah kenangan silam tu. Whoaa
SK JELAI 2 (F).
Dekat sekolah tu, segala-galanya bermula, di mana I was trained to be a leader. Praise be to Allah, ilmu yang tak seberapa tu boleh diguna bila waktu-waktu darurat. Even ada banyak kelompangan
*ada juga macam tu ya*
Nak kongsi 1 advice from my teacher boleh?
Cikgu jamilah said, "satu je cikgu nak pesan bila dah berjaya jgn lupa diri dan selalu ingat allah..ok.."
(bulat-bulat copy kata-kata cikgu in chat sebaik sahaja dapat result PMR last year. Tak ada unsur tokok tambah)
Kukuh lagi dalam mind. See, cikgu-cikgu dekat sana memang tak pernah lekang dengan nasihat. Trust me.
(misal kata saya lupa nasihat cikgu, dialu-alukan untuk sekeh kepala saya. This is because manusia sering lupa)
Masa dekat sekolah rendah dulu, juniors memang suka peep kakak-kakak dan abang-abang senior.
I know it because ada pengalaman. hehe
Tapi hanya kenal wajah je, nama lupa. (boleh pula kan?) gossiping among themselves.
Bila orang tanya siapa, haa mulalah membayangkan rupa.
"Alaa... kakak yang kurus-kurus yang putih-putih yang tu yang ni, takkan tak kenal"
(dengan innocent faces mereka bercerita)
Walaupun dah lama tinggalkan zaman tu, tapi masih ramai juniors yang boleh recognize me bila jumpa dekat mana-mana. Alhamdulillah, most of them masih boleh recognize kita yang 'tiny' ni. truly touched !
Contoh yang paling dekat, Haziqah and Faiz. Kalau tak silap, when I was in standard 6 mereka berada di darjah 3. Tak sangka mereka dengan 'peramah' nya menegur.
Always bersekongkol untuk mengenakan orang. Tapi sorrylah budak kecik, I know your tactics.
Tak pernah menjadi. :)
Gurau senda menyerikan ukhuwah yang terjalin.
Lagi 1, sesiapa yang nak cari jodoh bolehlah contact mereka ni sebab mereka memang handal kalau bab 'match-matching' kan orang. Jaguh kampung !
How we can cope to one another?
Sifat kebudak-budakan tak pernah hilang. ada saja benda yang agak pelik yang mereka buat.
Tapi di situ terletak kelucuannya.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi diri sendiri.
(hadis riwayat Anas bin Malik)
Menjaga hubungan persaudaraan itu wajib. InsyaAllah, jauh mana pun merantau takkan lupa punyalah orang yang kita kenal kalau kita terapkan dalam diri 'bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T'. Golongan seperti ini yang akan dinaungi arasy di akhirat kelak.
Proses ukhuwah :
Ta'aruf - Saling mengenal
Tafahum - Saling memahami
Ta'awun - Saling menolong
Takaful - Saling menanggung
Ithar - Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri.
p/s : Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai tanpa usaha. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hi-hi dan bye-bye'.
Tetapi ukhuwah yang sebenar adalah dengan melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Apabila persaudaraan yang dihulur bukan kerana-Nya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah jua akhirnya.
0 comments: