Ambillah waktu untuk berfikir,
kerana itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
kerana itu adalah rahsia
dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
kerana itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
kerana itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
kerana itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
kerana itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
kerana itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
kerana itu akan membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
kerana itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itu adalah kunci untuk menuju syurga.
Dan Allah berfirman : "Demi Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
-Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah al-Asr:1-3)
#muslimteensvol26
0 comments: